Saturday 20 April 2013

Bengkel Latihan Industri..Writing Resume and Interview Workshop #_#



Assalamualaikum...
Today saya nak share berkaitan bengkel yang saya attend pada sabtu lepas..20 April 2013 sama tarikh dengan penamaan calon..huhu...
Bengkel latihan industri adalah sebagai preparation pada kami student second and third year student~ untuk jalani latihan industri.

Speaker yang menyampaikan talk on that day memang best sangat! iaitu Puan Tharwah bt Kassim~mempunyai syarikat sendiri yang menyediakan perkhidmatan kesetiausahaan syarikat,perakaunan,percukaian dan pembangunan modal insan.

Pengisian hari tuu memang interesting sangat~ Antara part yang best dalam bengkel nie:: pilihan atau kebetulan ??

PILIHAN ATAU KEBETULAN
Apa2 keputusan dibuat mesti ada plilihan..sebagai contoh,kita nak masuk universiti..adakah ia satu kebetulan atau pilihan..bagi saya..ia adalah pilihan sebab saya dah list UM dalam borang UPU application.
So,as a conclusion..semuanya terletak pada diri kita sendiri...ask yourself !!


TOPIK:: SALAM MESRA :)
Salam mesra nie digunakan semasa kita berjumpa seseorang.First,bila kita jumpa seseorang yang baru kita kenal,mulakan dengan ucapan salam..bagi muslim..''Assalamualaikum" dan non-muslim..just say Hello..Hai..
Setelah itu,ajukan 3 soalan macam nama,tempat tinggal,bekerja/belajar ke...soalan yang biase2 jee...jangan melibatkan personal nanti susah pulak nanti nak menjawabnya.One more thing...jangan sesekali bertanya tentang umur dan gaji seseorang,sensitif..hihi....

Lepas tuu,macam biasa,minta diri sebelum mengakhiri perbualan..apa yang penting lagi,eye contact bila kita berkomunikasi dengan seseorang individu dan last sekali senyum :)



TOPIK::RESU-LETTER
Dalam bengkel nie..kami diajar satu pendekatan baru berkaitan menghantar resume kepada majikan nanti. Nak taw macam mane ?? Caranye mudah je..send directly kepada majikan...terkejut bukan ?? tapi ia betul2 menjadi..insyallah...perkara ini telah dicuba oleh speaker sendiri dan ternyata perkara nie menjadi..
Bersama resume jugak..tulis satu surat kepada majikan dan nyatakan hasrat kita untuk bekerja dengan sesebuah syarikat yang telah menjadi pilihan.

Then,untuk kelainan pada yang lain..bagi gambar berukuran 4R !! buat kelainan sikit...contoh kalau kita nak apply syarikat2 besar macam SHELL,PETRONAS ke..cuba bagi gambar kita semasa bergambar dengan logo syarikat..mesti nie menarik minat majikan coz kelainan daripada orang lain.



Nie contoh gambar bersama logo shell...huu..fahrin ahmad tuu ! my favourite actor  *_*

Setakat nie saya pengisian saya pada kali nie..hope saya dapat mempraktikkan apa yang telah diajar oleh speaker setelah menempuh alam pekerjaan kelak..insyallah..Amin...
Last sekali..just nak share kata2 daripada speaker Puan Tharwah...jadilah seperti air yang sentiasa mengalir..walaupun terdapat banyak halangan seperti batuan besar..mengalir sehingga sampai ke lautan.
Macam diri kita jugak..walau apa jua halangan mahupun cabaran yang melanda...tempuhilah ia  demi mencapai cita2 yang diimpikan...:)

HOPE MY DREAM WILL BECOME TRUE !! MAHERAN YOU CAN DO IT !!

No comments:

Post a Comment